Kosmo – Goodnite Lancar Kempen Tidur Lena, Hidup Sejahtera

Goodnite Lancar Kempen Tidur Lena, Hidup Sejahtera

PETALING JAYA – Pengeluar tilam terbesar di Malaysia, Goodnite International Sdn. Bhd. (Goodnite) melancarkan kempen terbaharunya, Tidur Lena, Hidup Sejahtera bagi memberi inspirasi kepada orang ramai supaya menjalani kehidupan yang sihat serta tidur secukupnya.

Dalam menyokong usaha ini, Goodnite menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan penyelidikan bertajuk ‘Kajian Komprehensif tentang Corak Tidur dan Pengesyoran Peribadi untuk Pemilihan Tilam Optimum merentas Kumpulan Umur Berbeza.’

Melalui perkongsian tersebut, ketegasan akademik dan kepakaran industri akan bersatu untuk menyelesaikan misteri yang berkaitan dengan pola tidur dan biomekanik serta memberikan cadangan tersuai bagi pilihan tilam terbaik untuk pelbagai kumpulan umur.

Pengarah Urusan Kumpulan Goodnite, Teo Yek Ming berkata, MoU itu mewakili titik perubahan penting bagi syarikat kerana pihaknya memerlukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk baharu yang memenuhi keperluan serta permintaan pengguna.

“Untuk kerjasama pertama kami dengan UM, mereka akan menjalankan penyelidikan dan analisis untuk memahami jenis tilam yang paling sesuai untuk pelanggan kami.

“UM akan memberikan kami maklumat penting tentang corak tidur pelanggan dan pilihan tilam yang paling sesuai untuk pelbagai demografi.

“Kerjasama ini bukan semata-mata mengenai penyatuan dua entiti. Ia mengenai sinergi, inovasi dan komitmen bersama untuk meningkatkan kualiti hidup,” katanya pada majlis pemeteraian MoU di Goodnite Outlet terbaharunya di sini, hari ini.

Cawangan ke-25 Goodnite itu akan dilancarkan secara rasmi pada 15 hingga 17 Disember ini lengkap dengan persembahan tarian singa, pemotongan reben dan bufet halal percuma, manakala pembeli bertuah turut berpeluang menerima wang tunai berjumlah RM17,999.

Pada majlis sama, Teo turut berkongsi hasrat syarikat untuk memperluaskan penawarannya pada 2024, yang turut melibatkan barisan rangkaian produk dan perkhidmatan baharu seperti koleksi peralatan tempat tidur, barangan hiasan, langsir dan Perkhidmatan Pembersihan Tilam.

“Kami juga sedang giat membangunkan Sistem Tidur Pintar yang akan menawarkan pandangan berharga tentang corak tidur dan isu kesihatan yang mungkin wujud. Kami teruja untuk menantikan kesan positifnya terhadap gaya hidup pelanggan kami.

“Kami sedang mengembangkan barisan produk kami, dan matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan kedai perabot sehenti yang memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membeli-belah di bawah satu bumbung,” kata Teo.

Tambah beliau, menjelang akhir 2026, pihaknya berharap dapat mengendalikan 60 kedai perabot sehenti, mengekalkan 500 pengedar di seluruh negara, mempunyai 20 unit kedai identiti Goodnite di pusat beli-belah dan mengembangkan jualan korporat, jualan kepada pemaju dan eksport untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran yang lebih besar.

“Saya rasa kami bersedia untuk mengambil bahagian yang lebih besar dalam pasaran tilam dan barangan rumah dengan barisan produk baharu serta pelan pembayaran ansuran selama 36 bulan.

“Pelan ansuran ini membolehkan semua mendapat beroleh manfaat daripada produk premium kami tanpa membayar sejumlah wang yang besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE