PETALING JAYA – Jenama perabot tempatan yang telah beroperasi selama lebih dari 34 tahun, Goodnite diiktiraf sebagai ‘Pengeluar Tilam Terbesar di Malaysia’ oleh Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Goodnite Group, Yek Ming Teo berkata, jenama berkenaan telah memperlihatkan peningkatan dan perkembangan memberangsangkan sejak lima tahun lepas.

“Kami telah mengembangkan seluruh barisan produk kami, dan jualan kami meningkat lima kali ganda dalam tempoh yang sama.

“Ini membuktikan bahawa kerja keras dan usaha seluruh pasukan Goodnite pada masa lalu tidak sia-sia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada jaminan kualiti produk, salah satu kelebihan Goodnite ialah perkhidmatannya yang sentiasa ditambah baik.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah program percubaan tilam, iaitu ‘100 Nights Comfort Exchange’ yang dilancarkan di kedai-kedai utama adalah untuk memberikan pengalaman selepas jualan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Selain itu, kaedah pembayaran ansuran Goodnite selama 36 bulan membolehkan pengguna membeli perabot yang berkualiti tinggi, tanpa menghadapi bebanan besar selepas renovasi.

“Goodnite memberikan fokus utama kepada keperluan pengguna dengan membuka kedai perabot sehenti di lebih daripada 24 lokasi seluruh negara untuk memberi pengalaman pembelian yang paling mudah, praktikal dan menyenangkan kepada pelanggan,” tambah Ming Teo.

Ketika produk-produk Goodnite sebelum ini, seperti tilam memberi lebih tumpuan kepada menambah baik kualiti tidur pengguna, jenama berkenaan kini telah meluaskan penawarannya untuk merangkumi perabot untuk keseluruhan rumah seperti bilik tamu dan ruang makan.

Mengulas mengenai pencapaian Goodnite sebagai ‘Pengeluar Tilam Terbesar di Malaysia’, Ming Teo berkata, matlamat akhir jenama itu ialah penyenaraian.

“Kami telah terlibat dalam pengeluaran bahan mentah, pengeluaran produk, borong, eksport, projek, dan kedai perabot sehenti sehinggalah kepada penawaran kaedah pembayaran ansuran.

“Seterusnya, kami akan mencipta aksesori hiasan yang bakal melengkapi penawaran perabot kami untuk memberi pengguna perkhidmatan sehenti yang lebih komprehensif,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE