BRAND perabotan Malaysia yang telah beroperasi selama lebih daripada 34 tahun baru-baru ini disahkan oleh Buku Rekod Malaysia sebagai ‘Pengeluar Tilam Terbesar di Malaysia’.

Sebagai respons kepada pengiktirafan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Goodnite Group, Yek Ming Teo berkata: “Goodnite telah meningkatkan, berkembang dan membesar sepanjang lima tahun yang lepas. Kami juga telah mengembangkan seluruh barisan produk kami, dan jualan kami meningkat lima kali ganda dalam tempoh yang sama. Ini membuktikan bahawa kerja keras dan usaha seluruh pasukan Goodnite pada masa lalu tidak sia-sia.”

Selain daripada jaminan kualiti produk, salah satu kelebihan lain Goodnite ialah perkhidmatannya yang sentiasa bertambah baik.

Teo turut berkata: “Sebagai contoh, program ‘100 Nights Comfort Exchange (program percubaan tilam)’ yang dilancarkan di kedai-kedai utama adalah untuk memberikan pengalaman selepas jualan yang lebih baik kepada pelanggan.”

Selain itu, kaedah pembayaran ansuran Goodnite selama 36 bulan membolehkan pengguna membeli perabot yang berkualiti tinggi yang diinginkan, tanpa menghadapi bebanan besar selepas renovasi. Goodnite memberikan kepentingan yang besar kepada keperluan pengguna dengan membuka kedai perabot satu hentian di lebih daripada 24 cawangan di seluruh negara untuk memberi pengalaman pembelian yang paling mudah, praktikal dan menyenangkan kepada pelanggan.

Walaupun produk-produk Goodnite pada masa lalu, seperti tilam, memberi tumpuan lebih mementingkan kualiti tidur pengguna, kini ia telah meluaskan kepada kehidupan keseluruhan pengguna, bukan hanya tidur tetapi juga perabot yang penting untuk seluruh rumah seperti bilik tamu dan ruang makan. Teo berharap bahawa pengguna akan merasai kemesraan ketika memiliki perabot Goodnite.